Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

20 April 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

27

Soalan

Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tahap kerosakan yang telah berlaku akibat daripada aktiviti penarahan bukit di Pulau Pinang dan apakah langkah yang diambil Kementerian bagi mengatasi masalah tersebut.

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kes-kes penarahan bukit di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan itu adalah tidak tertakluk di bawah penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar mengikut perundangan JAS sediada pada masa itu.

Namun, dengan pindaan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti YangDitetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 yang telah digazetkan pada 28hb Ogos 2015,aktiviti berikut adalah dikehendaki mengemukakan Laporan EIA untuk kelulusan JAS sebelum aktiviti tersebut boleh dijalankan :-

Di bawah Jadual Pertama : -

Aktiviti 13-PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN:

Pembangunan atau pembersihan tanah yang meliputi kawasan yang kurang daripada 50 peratus(%) kawasan cerun yang berkecerunan melebihi atau sama dengan 250tetapi kurang daripada 350.

Di bawah Jadual Kedua:-

Aktiviti 13 -PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN:

(a) Pembangunan atau pembersihan tanah yang meliputi 50 peratus(%) atau lebih kawasan cerun yang berkecerunan lebih daripada atau sama dengan 250tetapi kurang daripada 350.

(b) Pembinaan jalan, terowong atau jambatan yang melintasi kawasan cerun yang berkecerunan melebihi atau sama dengan 350.

Dengan ini, JAS boleh menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas aktiviti tersebut bagi memastikan keperluan perundangan JAS adalah dipatuhi semasa aktiviti tersebut dijalankan.

Dengan penguatkuasaan pindaan Perintah EIA yang baru ini adalah diharapkan kesan kepada alam sekitar, akibat dari aktiviti pembangunan di kawasan cerun di masa akan datang dapat ditangani dengan berkesanmelalui perundangan.

Sekian, terima Kasih.

Attachments