Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

20 April 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

72

Soalan

Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah kajian dijalankan sebelum projek pintasan Sg. Muar di Kampung Belemang di bawah Rancangan Tebatan Banjir, dari segi kesan kepada sumber air, penyusutan paras air sungai dan risiko kemasukan air masin ke bahagian hulu sungai yang menjejaskan bekalan air kepada penduduk sekitar Muar dan Ledang.

Jawapan

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Kajian Pelan Induk Rekabentuk Terperinci Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bagi Lembangan Sg. Muar (Fasa 1) di Johor oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) lebih tertumpu kepada kaedah dan cara-cara menyelesaikan permasalahan banjir di lembangan Sungai Muar.

Walau bagaimanapun, dalam laporan rekabentuk terperinci Redesign of a Bridge at KM152 Plus Highway, Kg Tg Olak and Local Bridge at Both Kg. Tg. Olak and Kg. Belemang for RTB Lembangan Sg Muar (Fasa 2), Johor, ada menyatakan kemungkinan bahawa semasa pembinaan pintasan banjir ini akan mengakibatkan penerobosan air masin semasa aliran rendah.

Isu ini juga telah dibincangkan bersama Syarikat Air Johor (SAJ), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (BAKAJ). Semasa perbincangan tersebut, telah dicadangkan pembinaan barrage bagi mengatasi isu ini. Walau bagaimanapun, pembinaan barrage ini adalah di luar skop kerja JPS dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) selain ianya kurang fungsi dalam kawalan banjir dan kos yang tinggi. Perkara penerobosan air masin ini juga telah berlaku sebelum pelaksanaan RTB Lembangan Sg Muar.

Sekian, terima kasih.

Attachments