Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

25 April 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

71

Soalan

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah Kerajaan bagi mengurangkan pengeluaran karbon dioksida (CO2) sebanyak 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam usaha menangani perubahan iklim dan pemanasan global serta perubahan cuaca.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan melalui Kementerian dan Agensi seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), dan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah melaksanakan pelbagai langkah-langkah pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) negara seperti berikut:

1. Menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui melalui mekanisme Feed-in Tariff (FIT);

2. Melesenkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui di luar mekanisme FIT;

3. Menggalakkan pembangunan loji biogas di bawah National Key Economic Area (NKEA) di bawah Economic Transformation Programme (ETP);

4. Menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan;

5. Mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap gas rumah kaca;

6. Membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel;

7. Menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam;

8. Membangunkan program bio-diesel B5;

9. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan;

10. Menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles – EEVs);

11. Menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga 5% oleh bangunan-bangunan kerajaan, dan,

12. Menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi program (Green Technology Financing Scheme – GTFS)

Langkah-langkah tersebut dilaksanakan melalui program-program pembangunan Kerajaan dan menyumbang secara langsung kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG negara berdasarkan KDNK.

Sekian, terima kasih.

Attachments