Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

25 April 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

47

Soalan

Datuk Lihan Jok minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah berjaga-jaga oleh Kerajaan untuk mengurangkan kesan "Rumah Hijau" yang melanda bumi dan nyatakan potensi bumi Sarawak yang masih mempunyai hutan yang tebal untuk mengurangkan kesan buruk Rumah Hijau.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kesan rumah kaca (greenhouse effect) berlaku apabila kepekatan gas rumah kaca (green house gases) di dalam atmosfera menyebabkan kenaikan suhu purata bumi dan mengakibatkan fenomena pemanasan global. Bagi menangani kesan rumah kaca, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah-langkah pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) negara seperti berikut:

1. Menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui melalui mekanisme Feed-in Tariff (FIT);

2. Melesenkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui di luar mekanisme FIT;

3. Menggalakkan pembangunan loji biogas di bawah National Key Economic Area (NKEA) di bawah Economic Transformation Programme (ETP);

4. Menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan;

5. Mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap gas rumah kaca;

6. Membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel;

7. Menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam;

8. Membangunkan program bio-diesel B5;

9. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan;

10. Menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles – EEVs);

11. Menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga 5% oleh bangunan-bangunan kerajaan, dan,

12. Menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi program (Green Technology Financing Scheme – GTFS)

Salah satu langkah pengurangan kesan rumah kaca yang dilaksanakan adalah melibatkan pemuliharaan hutan. Selain berfungsi dalam kepelbagaian biodiversiti negara, hutan juga berperanan dalam penyerapan karbon (carbon sequestration). Penyerapan karbon menyumbang secara langsung kepada pengurangan pelepasan GHG negara dan mengurangkan kesan rumah kaca. Oleh itu, negeri yang mempunyai kawasan hutan seperti Sarawak perlu meningkatkan pelaksanaan program pemuliharaan hutan.

Sekian, terima kasih.

Attachments