Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

25 April 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

76

Soalan

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pelan tindakan yang terperinci bagi Kerajaan dalam menangani masalah banjir dan banjir kilat di Negeri Sarawak

Jawapan

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi menangani masalah banjir kilat di Negeri Sarawak, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan Kajian Komprehensif Penyelesaian Jangka Panjang Memerangi Banjir Kilat pada tahun 2013. Hasil kajian mendapati terdapat sebanyak 8 zon banjir kilat kritikal di Negeri Sarawak iaitu 4 zon di Kuching, 1 zon di Sibu, 1 zon di Miri dan 2 zon di Kota Samarahan.

Kajian tersebut menyarankan pendekatan-pendekatan seperti berikut :-

1. Penyelesaian jangka pendek melalui pelaksanaan projek secara ‘quick win’ dengan mengambil factor-faktor berikut;

a. melibatkan penyelesaian secara struktur yang lazimnya tidak terlalu kompleks dan bukan kategori projek mega;

b. berkemungkinan berlainan lokasi utama (tidak sebagaimana yang dicadangkan dalam Kajian Pelan Induk Saliran); dan

c. berdasarkan impak sosial dan politik.

2. Penyelesaian jangka panjang iaitu melalui 2 strategi seperti berikut:-

a. Melaksanakan pendekatan secara struktur iaitu;

i. melaksanakan kerja-kerja pembinaan infrastruktur kawalan; dan

ii. menjalankan program pengendalian dan penyelenggaraan (O&M) yang berkesan dengan peruntukan khas Geran Tahunan

3

 

Penyelenggaraan (tertakluk kepada kelulusan agensi pusat yang berkaitan).

b. Melaksanakan soft approach melibatkan pihak berkepentingan/ stakesholders iaitu;

i. menjalankan Program Public Outreach (POP) dan Kempen Kesedaran Alam Sekitar di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar masyarakat setempat sendiri berdisiplin terhadap kebersihan bandar demi mengelakkan longkang dan parit tersumbat.

ii. menyediakan Pelan Induk Mesra Alam dan Rekabentuk Terperinci mengikut garis panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) untuk diserahkan kepada Pihak Kerajaan Negeri dan PBT. Ini adalah kerana tanggungjawab sebenar melaksana, menyedia atau menaiktaraf sistem saliran bandar adalah di bawah fungsi dan tanggungjawab Kerajaan Tempatan seperti terkandung dalam seksyen 50, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Walau bagaimanapun, jika terdapat keperluan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan membantu PBT dalam melaksanakan projek-projek yang berkaitan.

iii. memantau pematuhan garis panduan MSMA diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)/ Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)/ PBT) bagi kawalan dipunca.

4

 

iv. menguatkuasakan dengan lebih tegas pengawalan hakisan dan kelodak semasa kerja-kerja tanah, fasa pembinaan untuk mengurangkan hakisan tanah, mengelak pemendapan tanah di dasar saliran, banjir kilat dan aliran lumpur (dengan kerjasama KPKT/JKT/PBT dan Jabatan Alam Sekitar (JAS)); dan

v. melaksanakan perancangan pembangunan dan zon guna-tanah yang lebih teratur (dengan kerjasama KPKT/JKT/PBT dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)).

3. Dianggarkan sebanyak RM1.5 bilion diperlukan bagi melaksanakan strategi tersebut ke atas 8 zon yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

Attachments