Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

03 May 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

16

Soalan

Dato' Hoh Khai Mun minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh Kementerian bersama Kerajaan Negeri untuk memastikan masalah pencemaran bauksit tidak berulang dan semakan semula yang akan dijalankan oleh Kementerian bagi memperkukuhkan syarat-syarat serta kelulusan bagi sebarang aktiviti perlombongan.

Jawapan

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Pahang amat komited untuk memastikan masalah pencemaran alam sekitar akibat aktiviti perlombongan bauksit tidak berulang. Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah meneliti semula dan memperkukuhkan peraturan / prosedur / garis panduan yang berkaitan dengan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit.

Hasil daripada bengkel dan perbincangan susulan bersama agensi-agensi berkaitan, draf-draf prosedur / garis panduan / syarat baharu berkaitan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit telahpun disediakan dan sedang dimuktamadkan.

Bagi mengatasi masalah akibat daripada pengangkutan bauksit, Kerajaan akan mewartakan laluan khusus bagi lori pengangkut dari tapak perlombongan ke tapak stockpile berpusat dan pelabuhan. Ini akan mengelakkan lori pengangkut daripada melalui kawasan penempatan penduduk, kawasan tumpuan orang awam dan laluan yang sesak di samping mematuhi had beban sesuatu jalan (road load). Kerajaan juga telah menetapkan spesifikasi bagi lori pengangkut termasuk mewajibkan penggunaan lori jenis tipper/dumper yang bertutup secara mekanikal. Spesifikasi yang ditetapkan adalah bersesuaian dengan ciri-ciri mineral yang akan diangkut bagi memastikan keselamatan pengguna jalanraya, alam sekitar dan infrastruktur jalanraya tidak terjejas. 3

Bagi mengatasi masalah pencemaran di kawasan pelabuhan dan tapak stockpile, hanya 2 kawasan stockpile berpusat akan diwujudkan bagi memastikan pengurusan stockpile yang lebih cekap dan berkesan. Selaras dengan usaha tersebut, Kerajaan akan mewajibkan penambahbaikan infrastruktur di tapak stockpile di dalam dan luar pelabuhan dengan mewajibkan penyediaan tapak yang berbumbung, laluan konkrit, washing bay, hoarding, barrier dan netting, silt trap dan retention pond.

Pelaksanaan prosedur / garis panduan / syarat baharu tersebut akan menjadikan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit lebih teratur, berkesan dan memberi penekanan terhadap kesejahteraan penduduk serta alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

Attachments