Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

03 May 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

19

Soalan

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status terkini perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia dalam mengatasi masalah jerebu memandangkan masalah ini telah berlarutan sekian lama.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian ini amat komited dalam menangani masalah jerebu yang dihadapi oleh Malaysia, khususnya masalah jerebu merentas sempadan yang berpunca dari negara jiran.

Malaysia sentiasa menggesa Kerajaan Indonesia supaya mengambil langkah berkesan bagi menangani masalah jerebu dan salah satu nya adalah melalui Perjanjian Persefahaman (MOU) Malaysia dan Indonesia yang baru dan dikenali sebagai "Memorandum of understanding between The Government of Malaysia and The Government of the Republic of Indonesia on the Co-Operation in Prevention and Mitigation Efforts to Reduce Forest and Land Fires in Riau Province" telah dikemukakan pada 11 November 2014 kepada Indonesia.

Kementerian telah mengambil beberapa tindakan susulan bermula 11 November 2014 sehingga 18 Januari 2016 bagi menandatangani MOU baharu ini bersama negara Indonesia namun sehingga kini masih belum menerima sebarang maklum balas daripada negara tersebut. Walaubagaimanapun, pihak Kementerian akan sentiasa memberi tekanan kepada negara Indonesia agar MOU ini dapat ditandatangani dengan segera.

Sekian, terima kasih.

Attachments