Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan projek-projek tebatan banjir yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Selangor dengan butiran seperti daerah/tempat, jenis projek dan tarikh dijangka siap.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran sedang melaksanakan projek tebatan banjir iaitu Projek Pemuliharaan serta Pengindahan Kolam Takungan Banjir Sungai Damansara dengan kos sebanyak RM11.5 juta. Sebanyak 11 projek rancangan tebatan banjir telah siap dilaksanakan di Selangor dalam RMKe-10 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 74.5 juta.
Sekian, terima kasih.