Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

91

Soalan

Dato' Hoh Khai Mun minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah status atau pencapaian "Clean Development Mechanism" setelah persetujuan untuk meningkatkan komitmen bagi menangani isu perubahan iklim dalam Persidangan Perubahan Iklim Negara-Negara Bersatu (COP21)

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Clean Development Mechanism (CDM) merupakan satu mekanisme yang dilaksanakan di bawah Protokol Kyoto. Di bawah program CDM, projek yang dilaksanakan secara bekerjasama di antara negara maju dan negara membangun, bagi mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) di negara membangun. CDM bertujuan untuk membantu negara membangun mencapai pembangunan lestari di samping menyumbang kepada objektif UNFCCC serta membantu negara maju untuk mematuhi komitmen mereka di bawah Artikel 3 Protokol Kyoto, iaitu mencapai sasaran yang dikenakan kepada negara maju. CDM memberi peluang kepada negara maju untuk menjalankan projek-projek mengurangkan pelepasan GHG di negara membangun bagi mendapatkan carbon credits yang dikenali sebagai Certified Emission Reductions (CERs).

Sehingga September 2015, sebanyak 143 Projek CDM dari Malaysia telah didaftarkan di peringkat Lembaga Eksekutif CDM di Bonn, Jerman dengan anggaran jumlah pengurangan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 8,404,905 juta tan CO2 eq. Sehingga kini, 48 projek telah berjaya mendapat CERs dengan jumlah pengurangan GHG sebanyak 10,038,334 juta tan CO2 eq.

Sekian, terima kasih.

Attachments