Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

19

Soalan

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan rancangan dan projek Kerajaan dalam masa terdekat bagi mengelakkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berisiko tinggi di Sabah dan adakah Kerajaan bercadang untuk membina empangan atau loji air yang baru di negeri ini

Jawapan

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi mengelak kejadian banjir berlaku, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan kajian Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu di seluruh Malaysia (Integrated River Basin Management - IRBM). Salah satu kajian tersebut adalah IRBM Sungai Padas yang dimulakan pada tahun ini.

Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu bertujuan untuk menyelaras pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan air, tanah dan sumber dari perbagai sektor, di dalam sesebuah lembangan, dengan tujuan untuk memaksimumkan manfaat ekonomi dan sosial secara mapan dan dalam masa yang sama memelihara ekosistem semulajadi sumber air.

Selain itu, sebanyak RM29 juta peruntukan telah diluluskan bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pelbagai Negeri Sabah pada tahun 2016 yang merupakan projek sambungan dari RMKe-10. Namun begitu, setelah mengambil kira keperluan sebenar projek RTB pada tahun 2016, peruntukan tersebut telah diselaraskan semula kepada RM13 juta yang merangkumi kawasan Penampang, Beaufort dan Keningau.

Status terkini bagi program Rancangan Tebatan Banjir Pelbagai Negeri Sabah adalah seperti berikut:

1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Petagas (Kampung Tebongon Putatan) telah siap sepenuhnya; Penampang;

2. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Darau (Kampung Pulutan) telah mencapai kemajuan 83.3%; Penampang;

3. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kibabaig telah mencapai kemajuan 65%; Penampang;

4. Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Padas, Beaufort telah mencapai kemajuan 63.5%; dan

5. RTB Keningau yang melibatkan Kerja Penstabilan Tebing Sg. Pegalan di Durok dan di Kg Kepayan Baru, kedua-duanya telah mencapai kemajuan 99% siap

Kerajaan Persekutuan juga akan melaksanakan tiga (3) buah projek baru di kawasan-kawasan berisiko tinggi di Sabah di dalam RMKe-11. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

1. Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Sabah –

2. Rancangan Tebatan Banjir Persekitaran Kawasan Lido Bandaraya Kota Kinabalu

3. Rancangan Tebatan Banjir Sg. Gurong - Gurong, Lembangan Sg Gurong - Gurong Pekan Kota Belud, Kota Belud Sabah

Sebanyak RM3 juta pula diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program Rancangan Tebatan Banjir Sungai Petagas, Kampung Sendil dan sebanyak RM600,000 bagi program Rancangan Tebatan Banjir Sandakan di Sungai Batang bagi tahun 2016.

Untuk makluman, pembinaan empangan yang berfungsi untuk bekalan air atau loji air terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Sabah akan membina sebuah empangan bekalan air di daerah Tawau pada tahun ini yang turut mempunyai fungsi tebatan banjir. Selain itu, Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak swasta akan membina sebuah lagi empangan janakuasa 4

elektrik yang mempunyai fungsi tebatan banjir di hulu Sungai Padas yang sedang dalam peringkat perancangan.

Sekian, terima kasih.

Attachments