Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 May 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

64

Soalan

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan Prosedur Operasi Piawai (S.O.P) bagi rakyat menghadapi cuaca panas terik sekarang.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Fenomena El-Nino telah menyebabkan keadaan cuaca panas dan kering melampau dialami dalam negara pada masa kini, terutamanya negeri-negeri di utara Semenanjung, Sabah dan Timur Sarawak. Secara ringkasnya, fenomena El-Nino merupakan keragaman iklim (climate variability) yang berlaku secara tidak tetap (irregular) dalam tempoh 2 hingga 7 tahun. Berdasarkan kepada keadaan atmosfera semasa, kebanyakan model-model iklim antarabangsa menjangkakan fenomena El Nino akan berakhir pada bulan Jun 2016.

Bagi menangani kesan cuaca panas dan kering kepada rakyat, Kerajaan telah mengambil tindakan-tindakan yang perlu selaras dengan prosedur operasi standard yang berkuatkuasa dan meliputi perkara-perkara berikut:-.

(i) Peraturan Tetap Operasi (PTO) Pengendalian Bencana Kemarau yang diselaraskan oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri;

(ii) Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang diselaraskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE); dan

(iii) Pelan Tindakan Bagi Menangani Kesan Gelombang Haba yang diselaraskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sekian, terima kasih

Attachments