Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 May 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

70

Soalan

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa banyak tanah milik Kerajaan Persekutuan telah dijual kepada pihak swasta atau pihak asing sejak tahun 2009, nyatakan tanah mana yang dijual bagi setiap bidang keluasan serta jumlah harga yang dijual dan siapakah pembeli.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar khususnya Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) hanya terlibat menjalankan dan melaksanakan urusan pelupusan / pindahmilik tanah Kerajaan Persekutuan seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Oleh yang demikian, data-data mengenai jumlah tanah milik Kerajaan Persekutuan yang telah dilupuskan kepada pihak swasta atau asing bagi tempoh-tempoh yang dinyatakan adalah di luar bidang kuasa Kementerian.

Sekian, terima kasih.

Attachments