Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

17 May 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

9

Soalan

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah kemajuan siasatan mengenai tumpahan minyak setiap tahun, minyak dari laut akan terdampar di pantai-pantai Malaysia agar isu seperti Perhentian Besar di Terengganu tidak berlaku dan mengurangkan ancaman kepada kehidupan laut serta menjaga keindahan pantai kepada sektor pelancongan.

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,

Sepanjang lima (5) tahun yang lepas sebanyak lima (5) kes pencemaran marin (minyak) telah didakwa oleh Jabatan Alam Sekitar mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Kes-kes ini melibatkan pembuangan minyak daripada aktiviti perkapalan samada di Semenanjung Malaysia atau di Sabah dan Sarawak. Bagi kes pencemaran minyak di kawasan pantai, terdapat sebanyak 15 kes telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar berhubung "tarball" iaitu minyak petroleum yang telah mengalami proses "weathering" selepas terapung di laut.

Dalam menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pencemaran tersebut, pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, melalui Jabatan Alam Sekitar menghadapi beberapa kesukaran.

Walaubagaimanapun, bagi mengatasi masalah ini, pihak kementerian telah membangunkan satu pengkalan data profil DNA minyak dengan kerjasama pihak Petronas bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dapat dikenalpasti sekiranya berlaku kejadian tumpahan minyak. Pengkalan data ini dijangka dapat disediakan pada hujung tahun 2016. 3

Di bawah RMK 11, Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga akan dilengkapi dengan Oil Spill Trajectory bagi mempertingkatkan pemantauan. Dengan penggunaan oil map trajectory ini dapat membantu pihak JAS dalam melaksanakan pengenalpastian kawasan/lokasi tumpahan minyak serta punca pencemaran.

Di peringkat serantau, Kerajaan Malaysia mempunyai perjanjian dua hala (Bilateral Agreement) antara Singapura, Indonesia dan Brunei dalam mengawal pencemaran minyak di laut. Melalui penjanjian dua hala ini, kerjasama antara negara dapat dipertingkatkan dalam mengawal dan mengatasi pencemaran marin yang berpunca dari pencemaran minyak.

Di samping itu juga, pihak Jabatan Alam Sekitar turut menganjurkan Latihan Melawan Tumpahan Minyak Peringkat Kebangsaan pada tahun 2016 yang bertujuan untuk menguji sistem perhubungan dan tindakbalas bagi semua agensi yang terlibat dalam kawalan tumpahan minyak sebagaimana yang digariskan di dalam Rancangan Kontingensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak. Latihan ini dilaksanakan bagi menguji kesediaan pergerakan aset-aset kerajaan dan swasta (yang melibatkan Petronas, MISC Berhad dan AET Tanker Bhd) dalam mengawal dan membersih tumpahan minyak di samping menguji kesediaan tindakbalas pembersihan tumpahan minyak pantai di peringkat Negeri mengikut Pelan Tindakan Pembersihan Pantai Negeri. 4

Di samping itu, Jabatan Alam Sekitar juga bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan maritim seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Laut Malaysia dalam melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan marin secara berkala.

Sekian. Terima kasih.

Attachments