Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

18 May 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

105

Soalan

Ust. Datuk Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kawasan-kawasan pesisir pantai Terengganu yang berkemungkinan tenggelam menjelang 2100 berikutan fenomena kenaikan paras air laut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian ini melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) pada tahun 2010 telah menjalankan kajian "The Study of The Impact of Climate Change on Sea Level Rise in Malaysia" bagi menentukan unjuran peningkatan aras laut di sepanjang persisir pantai Malaysia. Melalui hasil kajian dan unjuran ini, pada tahun 2012 pihak NAHRIM telah menjalankan satu kajian terperinci bagi menilai kesan peningkatan aras laut di kawasan Bandar Kuala Terengganu.

Maklumat bagi kawasan-kawasan di sepanjang pantai Terengganu yang bakal terjejas jika fenomena peningkatan aras laut berlaku masih belum dijalankan secara terperinci dan menyeluruh oleh Kementerian amnya dan NAHRIM khususnya. Namun demikian, melalui analisis awal yang dijalankan berdasarkan data topografi kawasan –kawasan rendah dan berisiko di sepanjang pantai Negeri Terengganu melibatkan 10 kawasan pantai dengan unjuran peningkatan aras laut sehingga 2100 adalah 0.36 meter di kawasan:

1) Taman Geliga Sakti dan Kampung Teluk Kalong, Daerah Chukai

2) Taman Nabila, Daerah Kerteh

3) Pelabuhan Paka, Dearah Paka

4) Kampung Pantai, Daerah Dungun,

5) Kampung Pantai Kelulut, Daerah Marang

6) Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu; dan

 

7) Jeti Kampung Merang, Kampung Keluang, Kampung Kuala Besut, Daerah Besut.

Sekian, terima kasih.

Attachments