Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

24 May 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

51

Soalan

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan secara terperinci cadangan Kementerian membina tebatan banjir di Kelantan terutama di sepanjang Sungai Golok.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 yang telah diluluskan dalam RMKe-11 dengan kos sebanyak RM300 juta.

Pada masa ini, rekabentuk terperinci telah siap dilaksanakan manakala kerja-kerja ukur untuk pengambilan tanah sedang dijalankan. Makmal Pengurusan Nilai (Value Assessment Lab) pula dirancang untuk diadakan pada Julai 2016 dan pelaksanaan pembinaan dijangka akan dimulakan pada suku tahun pertama 2017. Cadangan skop secara terperinci akan dimuktamadkan selepas Makmal Pengurusan Nilai tersebut diadakan.

Sekian, terima kasih.

Attachments