Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar sedang dalam proses untuk meningkatkan nilai kompaun untuk kesalahan melakukan pembakaran terbuka melalui semakan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 yang sedang dijalankan. Nilai denda bagi pihak yang disabitkan ke mahkamah bagi kesalahan melakukan pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 adalah tinggi iaitu boleh dikenakan denda maksimum RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pihak Kementerian juga sedang meneliti dari segi peruntukan perundangan terutama dari segi kebolehlaksanaan untuk mengambil alih tanah-tanah yang didapati menjalankan pembakaran terbuka, termasuk tanah swasta dengan agensi-agensi yang berkaitan.
Sekian, terima kasih.