Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

24 May 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

143

Soalan

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah keberkesanan penubuhan Jawatankuasa Khas dalam memantau isu-isu alam sekitar di dalam negara ini. Adakah pihak Kementerian akan melibatkan semua agensi termasuk pihak berkuasa, pakar penyelidik, NGO dan semua pihak yang berkenaan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Terdapat beberapa Jawatankuasa Khas yang dibentuk di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bagi memantau isu-isu alam sekitar termasuklah isu-isu spesifik dan terkini agar ianya dapat ditangani dengan berkesan samada melalui perkongsian dan penyaluran maklumat, penyelarasan tindakan antara agensi, penambahbaikan terhadap prosedur/garispanduan/perundangan sedia ada, dan lain-lain.

Antaranya Jawatankuasa yang telah ditubuhkan di bawah NRE adalah seperti berikut :-

a) Mesyuarat Jawatankuasa Jerebu Kebangsaan

Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan telah ditubuhkan semenjak tahun 1997 dan dipengerusikan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jawatankuasa ini dianggotai oleh pelbagai agensi Kerajaan yang berkait rapat dengan pengurusan bencana jerebu, antaranya seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Di Raja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Agensi Remote Sensing Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak, 3

Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Sabah.

b) Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar Dan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri Yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE)

Mesyuarat Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar Dan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri Yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE) dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan objektif menjadikannya sebagai satu forum formal untuk menggalakkan kerjasama dan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pengurusan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar. Ahli-ahli MEXCOE terdiri daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar sebagai Pengerusi dan 14 Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar.

Mesyuarat MEXCOE telah diadakan 14 Januari 2016 yang lalu. Melalui mesyuarat ini, agenda-agenda alam sekitar termasuk Tindakan-tindakan Menangani Jerebu, Pengurusan Buangan Elektrik & Elektronik Dari Isi Rumah (Household E-Waste), Penganjuran Hari Alam Sekitar Negara, obligasi Negara terhadap Perjanjian Antarabangsa dapat diselaraskan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

c) Majlis Kualiti Alam Sekeliling (Environmental Quality Council – EQC)

Majlis Kualiti Alam Sekeliling (Environmental Quality Council – EQC) merupakan badan yang diperuntukkan penubuhannya di bawah Seksyen 4

4, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Tugas-tugas Majlis ini adalah:-

a. pada amnya menasihatkan Menteri mengenai perkara-perkara berhubung dengan Akta ini; dan

b. menasihatkan Menteri mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri.

Bagi penggal ini, EQC dipengerusikan oleh YBhg Prof Dato' Dr. Mazlin Mokhtar, Timbalan Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahli-ahli Majlis adalah terdiri daripada wakil – wakil 10 Kementerian (dilantik oleh Menteri masing-masing), Wakil Kerajaan Negeri Sabah & Sarawak (dilantik oleh Kerajaan Negeri masing-masing), Wakil Industri Petroleum, Kelapa Sawit, Getah, Pekilang-pekilang dan Kakitangan Akademik.

Melalui mesyuarat EQC, draf pindaan Akta, draf Peraturan serta garis panduan diteliti dan ditambahbaik oleh Ahli-Ahli Majlis sebelum diangkat ke peringkat yang lebih tinggi.

Sekian, terima kasih.

Attachments