Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

25 May 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

97

Soalan

TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada terdapat kemungkinan untuk mengimport makanan yang mengandungi "genetically modified organism" (GMO). 

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

 

Genetically Modified Organism (GMO) telah diimport ke Malaysia lebih 20 tahun yang lepas. Walau bagaimanapun, pengimportan GMO hanya dikawal selia sejak penguatkuasaan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] pada tahun 2009. Mengikut Akta ini, hanya GMO yang telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) sahaja yang dibenarkan untuk diimport.  

 

Seksyen 12, Akta 678 memperuntukkan bahawa GMO yang tidak diluluskan di Malaysia tidak boleh diimport masuk dan boleh ditahan di pintu masuk negara. Mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 12(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda antara RM250,000 hingga RM500,000 apabila disabitkan kesalahan.

 

Sehingga April 2016, LBK telah meluluskan 27 permohonan untuk penggunaan GMO iaitu 74.1% bijirin GM bagi tujuan makanan dan makanan haiwan iaitu genetically modified food (GMF), 11.1% bagi ujikaji lapangan, 3.7% bagi memasarkan bunga Carnation (GMO), 7.4% bagi biopesticide (GMO) untuk nyamuk dan 3.7%  biofertiliser (GMO).

 

Pembangunan GMO di peringkat global adalah sangat aktif.  International Service for the Acquisition of Agri-biotech Application melaporkan sebanyak 390 jenis tanaman GMO telah dihasilkan. GMO yang telah diluluskan di Malaysia hanya 6.9% berbanding dengan GMO yang telah dihasilkan di peringkat global. Oleh yang demikian, kemungkinan untuk mengimport makanan yang mengandungi GMO samada GMO yang telah diluluskan atau GMO yang masih belum diluluskan adalah tinggi.

 

Sekian, terima kasih.

Attachments