Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

26 May 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

3

Soalan

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris[ Jerantut] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan menurut kajian NAHRIM Cuma 6% sahaja daripada jumlah hujan tahunan di Malaysia diserap oleh tanah. Sehubungan itu, bagaimanakah Kerajaan atau Kementerian merancang untuk memastikan air dalam bumi cukup untuk kestabilan ekologi.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kajian terperinci berkenaan dengan air tanah di Malaysia telah dilaksanakan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA)dalam Water Resources in Malaysiapada tahun 1982 mendapati kadar imbuhan (recharge)air tanah adalah sebanyak 6% dan berjumlah 64 bilion meter padu/tahun. Walau bagaimanapun,kajian National Water Resources Studyyang telah dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) pada tahun 2010 mendapati kadar imbuhan air tanah adalah sebanyak 7%.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan litupan kawasan hijau dengan meningkatkan jumlah bilangan pokok terutamanya di kawasan tadahan air dan juga di kawasan bandar.

2. Mematuhi garis panduan Manual Saliran Mesra Alam yang antaranya ialah:

(i) mengalirkan air hujan melalui "swale" dan ditakungkan ke dalam kolam takungan sebelum dilepaskan ke sungai (control at source);

(ii) air hujan akan diserapkan ke tanah dan selebihnya ditakungkan kemudian dilepaskan ke sungai selepas hujan;

 

(iii) kebolehtelapan tanah mesti lebih besar daripada 13 milimeter per jam (mm/jam) (infiltration):

(iv) parit tanah adalah longkang tahanan dan menjadikan landskap menghijau (green landscape);

(v) air larian hujan akan melalui proses rawatan secara semulajadi (proses penyusupan melalui lapisan pasir) dan meresap masuk ke kolam takungan.

Sekian,terima Kasih.

Attachments