Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

26 May 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

67

Soalan

YB. Tuan Khoo Soo Seang (Tebrau) minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan dalam mengharungi arus pemodenan dan pasaran global, sejauh manakah Kementerian memastikan tahap kesedaran pelaksanaan sistem pengurusan alam sekitar di Malaysia serta pemuliharaan alam sekitar untuk mengelak kepupusan flora dan fauna bagi menjamin keseimbangan ekosistem.

Jawapan

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian adalah komited dalam melaksanakan usaha-usaha pemeliharaan biodiversiti untuk mengelak kepupusan flora dan fauna bagi menjamin keseimbangan ekosistem. Antara langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:

(i) Penggubalan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2016-2025 yang menyediakan hala tuju dan rangka kerja bagi memelihara biodiversiti dan menggunakannya secara mampan. Dasar ini menggariskan 17 sasaran dan 57 tindakan berkaitan pengurusan biodiversiti, antaranya penyertaan semua pihak dalam pemuliharaan biodiversiti termasuk peningkatan kesedaran serta pengukuhan peranan orang asli dan masyarakat setempat serta pihak swasta dalam konservasi.

(ii) Mewujudkan kawasan perlindungan seperti Taman Negara Pahang, Taman Negara Terengganu, Taman Negara Kelantan, Taman Negara Pulau Pinang dan rezab-rezab hidupan liar bagi keliaran hidupan liar di habitat semulajadi. Kesemua kawasan perlindungan dapat menyediakan kawasan yang selamat bagi hidupan liar untuk mencari makanan, tempat bersembunyi dan membiak untuk meneruskan kesinambungan generasi hidupan liar tersebut.

3

(iii) Mewujudkan rangkaian koridor ekologi bagi untuk membentuk satu rangkaian hutan perlindungan yang bersambung melalui pembentukan koridor ekologi bagi kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi, hidupan liar dan alam sekitar melalui pelaksanaan Projek Central Forest Spine dan Inisiatif Heart of Borneo.

(iv) Larangan penebangan 32 pokok buahan hutan berkepentingan fauna dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal dan Tanah Kerajaan semasa aktiviti pengusahasilan hutan.

(v) Pemeliharaan dan pemuliharaan spesies pokok yang terancam dalam HSK dan tersenarai dalam International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List of Threatened Species secara in-situ dan ex-situ. Kaedah in-situ yang dilaksanakan adalah melalui penubuhan Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan Yang Tinggi (High Conservation Value Forests).

(vi) Konservasi hidupan liar secara ex-situ iaitu melalui pembiakan di dalam kurungan untuk menyediakan stok hidupan liar bagi program pelepasan semula ke habitat semulajadi. Antara spesies yang berjaya dibiak dan dilepaskan ke habitat semulajadi adalah seladang, tapir, rusa, kijang dan burung kuang.

4

(vii) Aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan dan Jabatan PERHILITAN yang turut mengaplikasikan penguatkuasaan secara bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia, International police (INTERPOL), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kastam DiRaja Malaysia, Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy - NBOS).

(viii) Dokumentasi dan inventori kepelbagaian tumbuhan di Malaysia melalui kajian dan penyelidikan serta pelaksanaan ekspedisi saintifik kepelbagaian biologi hutan.

Sekian, terima kasih.

Attachments