Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

26 May 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

134

Soalan

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [Pengkalan Chepa] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan berhasrat memperdalam muara Sungai Kelantan yang terletak di Kuala Besar sebagai langkah pencegahan banjir besar melanda.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan sememangnya mempunyai perancangan untuk mendalamkan muara Sungai Kelantan yang terletak di Kuala Besar melalui Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa I, yang telah diluluskan dalam RMKe-11 dengan kos sebanyak RM 572 juta. Kerja mendalamkan muara tersebut bertujuan membuang mendapan kelodak dan beting pasir bagi membentuk semula profil hidraulik di muara untuk membolehkan aliran sungai yang lancar ke laut.

Sekian, terima kasih.

Attachments