Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

123

Soalan

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah yang dimaksudkan e-Waste dan bentuk perlaksanaan yang dijalankan oleh Kementerian dalam mendedahkan orang awam mengenai e-Waste.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

E-waste atau buangan elektrikal dan elektronik adalah disenaraikan sebagai salah satu buangan terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. E-waste diberikan kod sebagai SW110 seperti yang tertakluk dalam Jadual Pertama peraturan tersebut. SW110 atau e-waste ditakrifkan sebagai buangan daripada pemasangan elektrik dan elektronik yang mengandungi komponen seperti akumulator, suis raksa, kaca daripada tiub sinar katod dan kaca teraktif atau kapasitor bifenil terpoliklorin yang lain, atau yang dicemari dengan kandungan kadmium, raksa, plumbum, nikel, kromium, kuprum, litium, perak, mangan atau bifenil terpoliklorin.

Bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai pengurusan e-waste, Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan beberapa program dan aktiviti pengurusan buangan e-waste. Antara program dan aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:-

i. Penubuhan Program E-waste Alam Alliance yang bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak pusat-pusat pengumpulan e-waste bagi memudahkan orang awam menghantar e-waste bagi tujuan pemerolehan kembali (recovery);

ii. Menjalinkan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan seperti retailer, hypermarket, pusat-pusat komuniti, institusi-institusi pengajian tinggi

3

 

dan fasiliti pemerolehan kembali yang dilesenkan oleh JAS bagi memastikan mekanisma pengurusan e-waste secara keseluruhan dapat dilaksanakan secara teratur dan mematuhi perundangan;

iii. Mengadakan program-program kesedaran di peringkat Kementerian, Jabatan dan negeri yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kaedah pengurusan e-waste secara sempurna;

iv. Membangunkan web portal khas yang boleh dilayari di www.doe.gov.my/household-ewaste bagi pengurusan buangan e-waste dari isi rumah untuk penyebaran maklumat mengenai kaedah pengurusan e-waste yang sempurna;

v. Sejumlah 5000 unit sebaran dalam bentuk info-kit yang terdiri dari ‘flyer’ dan kalender berinformasi yang mengandungi maklumat mengenai e-waste telah diedarkan kepada pihak industri, semua Kerajaan Negeri melalui JAS negeri, IPTA/IPTS dan melalui program-program di bawah anjuran JAS; dan

vi. Bersempena dengan Pelancaran Program Alam Alliance di peringkat negeri, JAS negeri turut menganjurkan program seminar/forum/sesi dialog yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan pengurusan e-waste dari isi rumah.

Sekian, terima kasih.

Attachments