Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

300

Soalan

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status terkini dan jumlah tanah Rizab Melayu mengikut setiap negeri dan Wilayah Persekutuan dan jumlah tanah Rizab Melayu yang belum diganti mengikut negeri dan Wilayah Persekutuan.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Urusan perizaban Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan.

Peranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) sebagaimana termaktub dalam Seksyen 8, Kanun Tanah Negara, ialah untuk memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu yang berhubung dengan tanah.

Oleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung keluasan TRM bagi negeri-negeri lebih sesuai dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Attachments