Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

334

Soalan

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berkenaan status perlombongan bijih timah dalam negara terkini. Senaraikan pihak yang terlibat dan apakah langkah terbaik mengkomersialkan semula aktiviti ini.

Jawapan

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Pada tahun 2015, terdapat 18 buah lombong bijih timah yang aktif di seluruh negara, di mana lapan buah lombong beroperasi di Perak, lima di Pahang, tiga di Johor, satu di Kedah dan satu di Kelantan. Jumlah bilangan lombong bijih timah di Malaysia adalah kekal sama seperti tahun sebelumnya.

Pengeluaran timah dalam konsentrat pada tahun 2015 ialah sebanyak 4,158 tan, iaitu peningkatan 10% berbanding 3,777 tan pada tahun 2014. Perak merupakan pengeluar utama timah Negara dengan pengeluaran timah dalam konsentrat sebanyak 3,094 tan. Daripada jumlah 4,158 tan timah dalam konsentrat yang dihasilkan ini, sebanyak 3,571 tan diperoleh daripada aktiviti perlombongan, 275 tan daripada kilang pembilasan amang dan 312 daripada aktiviti mendulang. Nilai pengeluaran dalam tahun 2015 adalah RM197.06 juta berbanding RM257.21 juta pada tahun 2014.

Senarai lombong bijih timah yang beroperasi pada tahun 2015 adalah seperti dalam jadual di bawah. Lombong Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. yang terletak di Klian Intan, Perak adalah lombong bijih timah terbesar negara dan menyumbang kepada pengeluaran timah dalam konsentrat tertinggi di Malaysia. 3

Berikut ialah senarai lombong bijih timah di Malaysia:-

1. Kedah Bil.

NamaLombong

Lokasi

1

Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) No. 1

Sintok

Attachments