Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

340

Soalan

Ust. Datuk Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah sebab memilih kaedah membuat benteng batu bagi menghalang hakisan di kawasan pantai Kampung Tanjung Gelam dan Tok Jembal dan tidak memilih kaedah memanjangkan kawasan pantai tersebut dengan pasir atau tanah.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kawasan Pantai Timur terletak berhadapan dengan perairan Laut China Selatan yang mana fenomena cuaca yang berbeza-beza setiap tahun menyebabkan keadaan laut yang kadang kala bergelora melebihi dari keadaan normal telah menyebabkan kadar hakisan semakin bertambah. Oleh itu, setiap pemilihan bagi struktur penahan hakisan dinilai mengikut kesesuaian, keberkesanan dan kos yang diperuntukkan.

Pemilihan struktur benteng batu merupakan kaedah paling berkesan, bersifat kekal dan kos untuk melaksanakannya adalah rendah jika dibandingkan dengan struktur-struktur kawalan yang lain.

Walau bagaimanapun, penambakan pasir juga merupakan kaedah terbaik bagi menangani masalah hakisan. Penambakan pasir merupakan proses menggantikan semula pasir yang telah terhakis di kawasan yang berkenaan. Namun begitu, proses hakisan tetap akan berlaku di mana pasir yang ditambak tersebut turut akan terhakis pada masa akan datang. Oleh yang demikian, penambakan semula pasir harus dilaksanakan secara berkala mengikut keperluan. Selain itu, kos bagi melaksanakan penambakan pasir ini adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan struktur kawalan lain.

Sekian, terima kasih.

Attachments