Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

410

Soalan

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada kaedah warisan harta ibu bapa di kalangan masyarakat Melayu merupakan salah satu daripada sebab kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu luar bandar kerana memecahkan tanah warisan ke saiz yang tidak ekonomikal untuk kegiatan pertanian.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar bertanggungjawab mengurus dan membahagikan harta pusaka kecil mengikut kehendak Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98). Mengikut kehendak Seksyen 12 Akta 98, cara penentuan waris-waris yang berhak mewarisi sesuatu harta pusaka adalah mengikut undang-undang diri simati iaitu hukum syarak (faraid) bagi orang Islam dan mengikut kehendak Akta Pembahagian 1958 bagi simati yang bukan Islam. Walaubagaimana pun di bawah peuntukkan Seksyen 15 Akta 98 kesemua waris yang berhak mewarisi harta simati sama Islam atau bukan Islam boleh memohon agar harta simati dibahagikan secara muafakat di kalangan mereka. Justeru itu, pelaksanaan tersebut adalah menepati syariah Islam dan tidak menyebabkan kemiskinan.

Sekian, terima kasih.

Attachments