Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

426

Soalan

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan dan menggariskan SOP yang akan diwajibkan untuk perlombongan bauksit di Kuantan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) sedang diperingkat akhir penyediaan penambahbaikan terhadap semua perundangan / prosedur / garis panduan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit. Penambahbaikan ini akan dikuatkuasakan sebaik sahaja pengenaan moratorium tamat dan akan meliputi pelbagai aspek termasuk pengurusan di tapak perlombongan bauksit, kaedah pengangkutan dan penguatkuasaan, pengurusan di tapak stockpile dan pelabuhan serta prosedur pengeluaran Permit Eksport (AP) bagi bauksit.

Secara ringkasnya penambahbaikan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan dalam aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauskit adalah seperti berikut:

(a) Pengurusan di Tapak Perlombongan Bauksit

(i) Pindaan syarat-syarat perlombongan bauksit di tanah FELDA

(ii) Pindaan Enakmen Mineral Negeri (EMN) Pahang 2001;

(iii) Pengukuhan peranan State Mineral Resources Committee (SMRC);

(iv) Pindaan syarat-syarat permohonan ML / PML;

(v) Penambahbaikan terhadap syarat-syarat OMS.

3

 

(b) Kaedah Pengangkutan Dan Penguatkuasaan

(i) Penetapan Spesifikasi dan Garis Panduan bagi Lori Pengangkut Bauksit / Mineral;

(ii) Penetapan Laluan Khusus Bagi Lori Pengangkut Bauksit Dari Tapak Pengekstrakan Ke Centralised Stockpile / Pelabuhan;

(iii) Pendaftaran Lori Pengangkut Bauksit;

(iv) Penambahbaikan Proses Pengeluaran Borang 13D Di Bawah Peraturan-Peraturan Mineral Negeri Pahang 2005;

(v) Mewujudkan Proses Pengeluaran Lesen Pengangkutan Mineral atau Bijih Mineral.

(c) Pengurusan di Tapak Stockpile dan Pelabuhan

(i) Penetapan Lokasi Bagi Tapak Stockpile Berpusat;

(ii) Penyediaan Garis Panduan Pengurusan Pusat Penyimpanan Bijih Mineral;

(iii) Penyediaan Prosedur Permohonan Dan Kelulusan Lesen Penyimpanan Mineral Atau Bijih Mineral Di Tapak Centralised Stockpile;

(iv) Penyediaan Prosedur Operasi Di Tapak Centralised Stockpile;

4

 

(v) Penyediaan Prosedur Penghantaran / Pengendalian Bijih Mineral Dari Stockpile Berpusat Ke Pelabuhan Untuk Tujuan Eksport; dan

(vi) Pindaan Prosedur Pengeksportan Kargo Bauksit.

(d) Prosedur Pengeksportan Bauksit

(i) Penetapan Kategori Pemohon Permit Eksport (AP);

(ii) Pengenaan Bayaran Permohonan Dan Pengeluaran Permit Eksport (AP);

(iii) Pengeluaran AP setelah pembayaran royalti dibuat; dan

(iv) Pengeluaran AP berdasarkan 1AP, 1 Consignment

Pelaksanaan penambahbaikan tersebut akan menjadikan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit ini lebih teratur, berkesan dan memberikan penekanan terhadap kesejahteraan penduduk serta alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

Attachments