Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

436

Soalan

YB DATO' SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI [GOMBAK] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah khusus Kementerian bagi menangani krisis pemanasan global atau 'climate change'.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kesan rumah kaca (greenhouse effect) berlaku apabila kepekatan gas rumah kaca (green house gases) di dalam atmosfera menyebabkan kenaikan suhu purata bumi dan mengakibatkan fenomena pemanasan global. Bagi menangani kesan rumah kaca, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah-langkah pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) negara seperti berikut:

1. Menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui melalui mekanisme Feed-in Tariff (FIT);

2. Melesenkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui di luar mekanisme FIT;

3. Menggalakkan pembangunan loji biogas di bawah National Key Economic Area (NKEA) di bawah Economic Transformation Programme (ETP);

4. Menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan;

5. Mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap gas rumah kaca;

6. Membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel;

7. Menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam;

8. Membangunkan program bio-diesel B5;

9. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan;

10. Menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles – EEVs);

11. Menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga 5% oleh bangunan-bangunan kerajaan, dan,

12. Menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi program (Green Technology Financing Scheme – GTFS)

Sekian, terima kasih.

Attachments