Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

13 June 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

35

Soalan

Tan Sri Dato’ Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah persediaan awal yang diambil susulan Persidangan Pencemaran Jerebu ASEAN pada Oktober tahun lepas dalam menangani masalah jerebu yang dijangka akan melanda negara sekitar bulan September hingga November.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Ke-18 "ASEAN Sub-Regional Ministerial Steering Committee (MSC) on Transboundary Haze Pollution" yang telah berlangsung di Singapura pada 4 Mei 2016. Semasa mesyuarat tersebut, Malaysia berserta negara-negara sub-serantau lain iaitu Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand mengulangi komitmen untuk terus mempertingkatkan kerjasama serantau bagi mencegah jerebu merentas sempadan. Selain itu, kerjasama dua hala Malaysia dan Indonesia dalam usaha-usaha pencegahan jerebu akan diteruskan secara "Government-to-Government" di bawah kerangka Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.

Yang terkini di peringkat serantau, Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada ASEAN Workshop on the Operationalisation of Alert Levels and Trigger Points for Fire Prevention and Suppression yang telah diadakan pada 23 hingga 24 Mei 2016. Penganjuran bengkel ini adalah susulan daripada persetujuan Menteri-Menteri Alam Sekitar negara-negara anggota ASEAN semasa Mesyuarat Kesebelas Conference of the Parties (COP-11) to the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution yang telah berlangsung di Hanoi, Viet Nam pada 29 Oktober 2015. Penganjuran bengkel ini juga telah mendapat sokongan kewangan daripada ASEAN Haze Fund.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk negara-negara ASEAN bertukar maklumat mengenai persediaan dan tindakan-tindakan bagi menangani masalah jerebu dengan memberi penekanan kepada sistem amaran

awal jerebu (haze early warning system) dan tindakan segera pemadaman (expeditious fire suppression) agar jerebu merentas sempadan tidak berlaku. Oleh itu, Kerajaan melalui pelbagai agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu telah bersiap-siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan jerebu berlaku dan akan mengaktifkan Pelan Tindakan Jerebu kebangsaan sekiranya diperlukan.

Sekian, terima kasih.

Attachments