Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

13 June 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

50

Soalan

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan peranan dan penglibatan negara kita terhadap kestabilan serantau khususnya isu-isu kesejahteraan alam sekitar.

Jawapan

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memainkan peranan yang penting dalam usaha memastikan kestabilan serantau khususnya isu-isu kesejahteraan alam sekitar. Ini adalah penting kerana:

a) pencemaran alam sekitar berupaya merentasi sempadan negara;

b) kepakaran teknikal di negara ini mungkin terhad dalam menangani masalah pencemaran melangkaui sempadan;

c) meningkatkan keupayaan dari segi peralatan dan tenaga di dalam mengawal pencemaran;

d) memperkukuhkan capacity building dalam menangani dan mengawal pencemaran melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran teknikal dengan negara lain; dan

e) memantapkan perkongsian dana di dalam menangani dan mengawal pencemaran serantau.

Selain itu, Malaysia juga telah memainkan peranan yang penting dalam kawalan pencemaran marin melalui pelbagai platform bagi menjalinkan kerjasama dengan negara-negara serantau terutamanya di peringkat ASEAN sebagai usaha menangani dan mengawal pencemaran marin serta melindungi kawasan-kawasan sensitif dan khazanah laut negara. Ini adalah berikutan daripada peningkatan aktiviti-aktiviti seperti perkapalan, perdagangan, carigali minyak dan sebagainya. 3

Malaysia juga telah terlibat secara aktif dalam program-program dan mesyuarat di peringkat serantau. Antara program yang telah dianjurkan bagi meningkatkan kerjasama serantau dalam menangani isu-isu pencemaran marin dan pengurusan pantai secara lestari adalah penganjuran mesyuarat ASEAN Working Group on Coastal and Marine Environment (AWGCME) kali Ke-17 yang telah diadakan pada 10 hingga 12 Mei 2016 di Malaysia. Program ini merupakan salah satu komitmen negara di peringkat ASEAN yang mengambil kira kepentingan dan tanggungjawab negara-negara ahli dalam mewujudkan ASEAN Community’s Post-2015 Vision.

Selain itu, negara-negara ASEAN termasuk Malaysia juga telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) ASEAN Cooperation Mechanism for Joint Oil Spill Preparedness and Response di bawah International Maritime Organization (IMO) bagi menangani isu-isu pencemaran marin merentas sempadan. Perjanjian tersebut adalah merangkumi pembangunan dan pembentukan pelan tindakan kawalan pencemaran tumpahan minyak di laut.

Malaysia turut menjalinkan kerjasama dengan negara-negara jiran terdekat seperti Indonesia, Singapura dan Brunei dalam penyediaan dan pelaksanaan pelan tindakan kawalan pencemaran tumpahan minyak di laut seperti berikut:

a) Lombok-Makassar Oil Network Response Plan 1987;

b) Standard Operating Procedure for Joint Oil Spill Combat for the Straits of Malacca and Singapore 1981;

c) Standard Operating Procedure for Malaysia and Brunei; dan

4

 

d) ASEAN- Oil Spill Response Action Plan (ASEAN OSRAP), 1993.

Disamping itu, Malaysia juga merupakan negara anggota kepada Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan semenjak tahun 2002 bagi menangani masalah jerebu merentas sempadan. Sehingga kini, Malaysia terus aktif dan lantang dalam menggesa negara-negara anggota ASEAN untuk mempertingkatkan kerjasama serantau agar masalah jerebu dapat ditangani secara lebih berkesan. Selain itu, di peringkat sub-serantau, Malaysia turut menjadi anggota kepada Jawatankuasa Peringkat Menteri Alam Sekitar iaitu "ASEAN Sub-Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution" sejak tahun 2006 yang memberi tumpuan kepada usaha-usaha pencegahan jerebu dalam kalangan negara selatan rantau ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.

Selain itu, Malaysia juga telah menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan kawalan pencemaran buangan terjadual di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bagi memastikan buangan terjadual yang dihasilkan diuruskan dengan sempurna, bermula dari ianya dihasilkan sehinggalah pelupusannya agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia melaksana dan mematuhi obligasi Konvensyen Antarabangsa mengenai bahan kimia dan juga buangan toksik berbahaya dengan penglibatan aktif dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan. Antara Konvensyen tersebut adalah Konvensyen Basel, Konvensyen Stockholm dan Konvensyen Rotterdam. 5

Malaysia juga turut berkerjasama dan terlibat secara aktif dalam program-program di peringkat ASEAN seperti:

a) Malaysia-Singapore Joint Committee on the Environment (MSJCE)

b) ASEAN Working Group on Environmentally Sustainable Cities (AWGESC)

c) ASEAN Working Group on Environmental Education (AWGEE)

Sekian, terima kasih.

Attachments