Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

13 June 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

124

Soalan

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan laporan perkembangan pemasangan sistem "Supervisory Control And Data Acquisition" (SCADA) bagi projek RTB Sungai Kelantan Fasa.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Sistem Supervisory Control and Data Acquisition (SCADA) di RTB Sg. Kelantan berfungsi bagi mengautomasikan operasi membuka dan menutup pintu air di Sg. Keladi yang mengawal aliran ke Sg. Kelantan. Sistem SCADA dalam RTB Sg. Kelantan Fasa 1 telah disiapkan dan diserahkan kepada JPS Kelantan pada September 2014. Namun begitu, pada ketika ini, sistem tersebut mengalami masalah kestabilan perisian dan dalam tindakan penyelenggaraan yang di jangka siap pada Oktober 2016 dengan kos sebanyak RM15 ribu.

Sekian, terima kasih.

Attachments