Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 June 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

93

Soalan

YB SENATOR DATO' HAJI MOHD SUHAIMI BIN ABDULLAH minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap aktiviti pembalakan yang dijalankan berdekatan dengan kawasan tadahan yang mana boleh menjejaskan kualiti air dan mengancam produktiviti pertanian seperti yang disuarakan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di hutan simpan Ulu Muda di Kedah.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Hutan Simpan Ulu Muda di Kedah yang berkeluasan 105,509 hektar dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu kawasan Hutan Pengeluaran seluas 88,232 hektar untuk tujuan pengeluara​n kayu secara berkekalan dan kawasan hutan tadahan air seluas 17,277 hektar yang dikategorikan sebagai Hutan Perlindungan.

Seluas lebih kurang 11,091 hektar atau 12.6% daripada kawasan Hutan Pengeluaran ini telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk dilaksanakan pembalakan. Sehingga kini, berdasarkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan yang telah dijalankan, aktiviti pembalakan yang dilakukan di kawasan ini dilaksanakan berdasarkan peraturan semasa yang berkuatkuasa. Aktiviti pembalakan di kawasan ini dilaksanakan mengikut amalan Sistem Pengurusan Memilih (SMS) di mana hanya pokok-pokok yang telah dikenal pasti dan ditanda untuk ditebang sahaja boleh dikeluarkan. Pelaksanaan sistem SMS ini perlu mematuhi keperluan dan peraturan di bawah standard Kriteria dan Petunjuk Malaysia (Malaysia Criteria and Indicator - MC&I) untuk pensijilan pengurusan hutan yang menekankan pengawalan kestabilan alam sekitar, pengekalan kualiti sumber air dan kesejahteraan kehidupan masyarakat setempat. Bagi memastikan pematuhan, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pihak pelesen pembalakan sentiasa mematuhi garis panduan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kedah . 3

Sekian, terima kasih.

Attachments