Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 June 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

83

Soalan

Tuan Ramli bin Shariff minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan dalam membersih dan memeliha​ra sungai-sungai dengan mewujudkan satu agensi khusus bagi memelihara dan memulih sungai-sungai dan juga diperuntukkan dengan kuasa-kuasa pendakwaan bagi sesiapa yang mencemar sungai

Jawapan

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui beberapa jabatan sebagai agensi pelaksana telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil tindakan dalam mengatasi masalah pencemaran sungai. Di bawah Akta Kualiti Alam sekitar 1974 Sekysen 25(3) Jabatan Alam Sekitar boleh mengambil tindakan ke atas pelepasan efluen dan sisa kumbahan daripada kawasan industri dan loji rawatan yang tidak mengikut piawaian yang dibenarkan. Pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) juga telah mensyaratkan (melalui Pihak Berkuasa Tempatan) supaya premis makanan dan kawasan industri makanan, perlu memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food, Oil and Grease Trap) sebelum ianya disalurkan keluar.

Selain itu, bagi kawasan Wilayah Persekutuan, JPS turut terlibat dalam Projek River of Life (ROL) yang akan mengubah koridor Sg.Gombak-Klang kepada kawasan yang mempunyai nilai kehidupan di mana fokus utama ialah;

i. membersih dan meningkatkan kualiti air kepada kelas IIB;

ii. Pengindahan Sungai; dan

iii. Pembangunan Tanah.

Inisiatif RoL tersebut diketuai oleh JPS dengan disokong oleh 26 agensi serta 4 Majlis Berkuasa Tempatan yang merupakan tindakan dan usahasama secara integrasi pelbagai pihak. Buat masa ini, tugas memelihara dan memulihkan sungai-sungai ini melibatkan kerjasama 3

pelbagai agensi, Kementerian, NGO dan orang ramai yang melengkapkan serta memperkukuhkan antara satu sama lain.

Untuk memperkuatkan dan memastikan pengurusan sumber air negara dilaksanakan secara lestari dan berkesan, Kerajaan sedang mengubal Rang Undang Undang Sumber Air Negara bagi menjamin kepentingan air kepada negara akan terus dipelihara sebagaimana kehendak yang ditetapkan di dalam Dasar Sumber Air Negara (DSAN). Rang Undang Undang tersebut diperincikan dengan kuasa mendakwa bagi mereka yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai.

Sekian, terima kasih.

Attachments