Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 June 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

41

Soalan

Dato’ Jaspal Singh minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengenai perjanjian "Transboundary Haze Pollution". Apakah kesan perjanjian ini dan bagaimana kita memantau bahawa semua negara yang terlibat mematuhi perjanjian ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution, AATHP) merupakan perjanjian serantau pertama di dunia yang mengikat sekumpulan negara-negara bersempadan dari segi perundangan bagi menangani masalah jerebu merentas sempadan akibat daripada kebakaran hutan dan tanah gambut.

Kesan Perjanjian ini antara lainnya menuntut tanggungjawab secara mandatori negara-negara anggota untuk mengambil tindakan secara berkesan bagi mencegah kebakaran hutan dan tanah gambut yang berpotensi menyebabkan masalah jerebu merentas sempadan. Antara tanggungjawab utama perjanjian ini adalah meliputi aspek pencegahan kebakaran tanah dan hutan melalui penguatkuasaan undang-undang, pengawasan jerebu dan tindakbalas kecemasan bersama (joint emergency response).

Pelaksanaan sepenuhnya kepada Perjanjian ini adalah dipantau oleh Jawatankuasa Peringkat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN iaitu "Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (COP)" yang bermesyuarat sekali pada setiap tahun. Sehingga kini, COP telah bermesyuarat sebanyak sebelas kali iaitu yang terkini pada 29 Oktober 2015 di Hanoi, Viet Nam.

Sekian, terima kasih

Attachments