Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 June 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

103

Soalan

YB SENATOR DATIN RAHIMAH BINTI HAJI MAHAMAD minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) sedarkah Kementerian aktiviti pembalakan haram terus berleluasa di Kelantan sehingga menjejaskan eko-sistem dan kemusnahan hutan yang teruk termasuk menyebabkan suku kaum orang asli terjejas punca pendapatan dan penempatan kekal; dan


(b) apakah inisiatif Kementerian termasuk bentuk kerjasama dengan Kerajaan negeri Kelantan

Jawapan

JAWAPAN


Tuan Yang di-Pertua,


(a) Kementerian maklum mengenai perkara ini dan sentiasa serius dan tegas dalam menangani isu pembalakan haram. Bagi menangani isu pembalakan haram di Kelantan, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan giat menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang perhutanan dalam usaha untuk mencegah aktiviti pembalakan haram dan memastikan kawasan hutan tidak diceroboh. Sehingga bulan Mei 2016, sebanyak satu (1) kes pembalakan haram telah dikesan berlaku di Negeri Kelantan. Kes ini sedang di dalam proses untuk melengkapkan kertas siasatan untuk didakwa di mahkamah.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dalam menangani isu pembalakan haram antaranya dengan memperkemaskan dan meminda Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313], mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kegiatan pembalakan haram (hotspot), menjalankan sekatan jalanraya dari semasa ke semasa, penggunaan teknologi terkini yang boleh meningkatkan keberkesanaan pemantauan dan penguatkuasaan, menggalakkan masyarakat awam membuat aduan mengenai kegiatan pencerobohan hutan yang disyaki dan sebagainya.

Bagi memelihara kepentingan orang asli, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menubuhkan 3

jawatankuasa bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk membincangkan dan menangani isu-isu berkaitan orang asli dalam pengurusan Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung.

Di peringkat Kerajaan Negeri, Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan telah memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa pemutihan kawasan-kawasan penerokaan haram iaitu Jawatankuasa Menangani Penerokaan Haram HSK yang dipengerusikan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan dan dianggotai oleh lain-lain agensi Kerajaan termasuk Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.


Sekian, terima kasih.

Attachments