Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

20 June 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

65

Soalan

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kerajaan akan mengkaji semula polisi dan amalan-amalan berkaitan dengan "Storm Water Management", terutama sekali di kawasan bandar, memandangkan insiden banjir kilat yang kian meningkat.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengambil maklum berhubung kejadian banjir yang kian meningkat terutamanya di kawasan bandar dan keperluan kajian semula amalan-amalan yang berkaitan dengan pengurusan air ribut.

MANUAL SALIRAN MESRA ALAM

Sehingga kini, amalan pengurusan air ribut (Storm Water Management) negara telah dikemaskini beberapa kali bagi mendapatkan suatu kaedah yang terbaik terutamanya bagi menangani masalah banjir kilat di kawasan perbandaran.

Amalan-amalan berkaitan pengurusan air ribut (Storm Water Management) di Malaysia telah diperkenalkan sejak tahun 1975 dengan penggunaan manual "Planning and Design Procedures No. 1 : Urban Drainage Design Standards and Procedures for Peninsular Malaysia" yang menggunakan konsep aliran laju (rapid disposal) kuantiti air yang mengalir masuk di sesuatu tempat.

Konsep tersebut didapati tidak sesuai lagi kerana ia bukan suatu penyelesaian yang muktamad dan tidak bersifat jangka panjang malah hanya memindahkan masalah banjir dari satu kawasan ke satu kawasan lain dihilirnya. Kaedah ini melibatkan kos yang tinggi malah tidak kondusif dan holistik terhadap alam sekitar. Menyedari keadaan ini, Kementerian 3

melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memperkenalkan pendekatan baru yang lebih komprehensif iaitu Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) pada tahun 2000. Pelaksanaannya telah dipersetujui oleh Kabinet untuk digunakan di seluruh negara mulai tahun 2001. Manual baru ini diperkenalkan dengan hasrat kawalan di punca bagi mengurangkan impak pertambahan jumlah air larian selepas pembangunan dilaksanakan.

Amalan-amalan berkaitan pengurusan air rebut "Storm Water Management" yang baik telah diterapkan dan diperjelaskan dengan menyeluruh di dalam manual ini. Manual baru ini mengandungi piawaian, teknologi dan amalan terbaik kejuruteraan terkini yang secara umumnya mengambil amalan dari negara lain yang telah berjaya dalam menangani masalah banjir kilat di kawasan perbandaran. Manual ini juga mengandungi banyak kaedah dan tatacara yang perlu dipatuhi.

Pada tahun 2006, MSMA telah dipersetujui untuk diamalkan di dalam Polisi Perbandaran Negara (National Urbanisation Policy) dan ia adalah satu strategi bagi mewujudkan perkhidmatan yang berkualiti dalam Pembangunan Infrastruktur dan Perkhidmatan Negara. Kebanyakan negeri telah bersetuju dalam pemakaian MSMA di dalam perancangan pembangunan yang dilaksanakan.

Selaras dengan perkembangan semasa, JPS telah menggubal semula MSMA pada tahun 2012 MSMA.


Sekian, terima kasih.

Attachments