Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

20 June 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

2

Soalan

YB. SENATOR DATUK JAMILAH SULAIMAN minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan isu berkaitan Hutan Simpan Kekal (HSK) sekitar Kuala Lumpur yang dikorbankan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan seperti pembinaan Lebuh raya Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) yang mendapat bantahan orang ramai. Apakah tindakan Kerajaan bagi memastikan HSK yang sedia ada terpelihara dan tidak diancam oleh aktiviti pembangunan.

Jawapan

JAWAPAN


Tuan Yang di-Pertua,


Pada masa ini keluasan berhutan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah lebih kurang 2,049 hektar. Daripada keluasan ini, seluas 68 hektar (3.3%) adalah merupakan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang telah diwartakan di bawah Seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).


Di antara tindakan kerajaan bagi memastikan HSK yang sediada terpelihara dan tidak di ancam oleh aktiviti pembangunan adalah:


(i) Mengukur dan menanda semula sempadan luar HSK untuk penyediaan Pelan Akui (PA) bagi tujuan pewartaan semula kawasan HSK;


(ii) Melaksanakan aktiviti pemantauan dan operasi penguatkuasaan hutan dengan kerjasama Pasukan Elit Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JET) dalam mencegah aktiviti kesalahan hutan dan penerokaan tanah dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal;


(iii) Melaksanakan usaha-usaha pemuliharaan kawasan terosot dalam HSK melalui aktiviti restorasi hutan (penanaman pokok);


(iv) Semua perancangan pembangunan melibatkan kawasan HSK hendaklah dirujuk kepada pihak Kementerian terlebih dahulu;


(v) Kementerian bertegas supaya HSK yang hendak diwarta keluar perlu diganti dengan serta merta;

(vi) Kerajaan sedang menyemak semula rekod-rekod berkaitan keluar HSK yang masih belum diganti mengikut ketetapan Akta Perhutanan Negara (APN 1984 [Akta 313]); dan


(vii) Di samping itu, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengenal pasti beberapa kawasan hutan Tanah Kerajaan yang sesuai untuk dijadikan HSK bagi meningkatkan jumlah kawasan HSK di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Sekian, terima kasih.

Attachments