Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

21 June 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

13

Soalan

Datuk Norliza binti Abdul Rahim minta PERDANA MENTERI menyatakan pandangan Kementerian berkaitan dasar yang terkandung dalam Majlis Tanah Negara (MTN) berupaya membentuk kerjasama dengan Kerajaan negeri dalam membangunkan projek-projek untuk kepentingan rakyat.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua, Sejak mesyuarat pertamanya dalam tahun 1958, pelbagai dasar telah digubal oleh MTN dan sebahagian daripadanya telah diterjemahkan dalam bentuk undang-undang. Antara undang-undang terkini yang telah diluluskan oleh Mesyuarat MTN


Majlis Tanah Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 91 Perlembagaan Persekutuan, merupakan satu platform rundingan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi membentuk suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi maksud perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain.


Majlis Tanah Negara telah bersidang sebanyak 72 kali dan sejak mesyuaratnya yang pertama pada tahun 1958, pelbagai dasar diperkenalkan demi kepentingan rakyat. Antara dasar terbaru yang diputuskan pada Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-72 yang telah diadakan pada 28 April 2016 adalah Rang Undang-undang Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016, Rang Undang-undang Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 dan Rang Undang-undang Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2016.


Sebagai contoh, selaras dengan keprihatinan kerajaan terhadap masalah bangunan lama yang tidak mempunyai hakmilik strata, maka pindaan pada kali ini mencadangkan beberapa peruntukan bagi menangani perkara ini.


Selain itu, berdasarkan kepada perkembangan pembangunan semasa, terdapat keperluan untuk membuat pengambilan melibatkan hartanah berstrata. Oleh itu, cadangan pindaan Akta Hakmilik Strata dibuat bersama-sama pindaan kepada Akta Pengambilan Tanah bagi memperincikan tindakan-tindakan dan kesan pengambilan melibatkan hartanah berstrata.


Fokus utama cadangan pindaan adalah untuk memudahcara pelaksanaan pengambilan melibatkan bangunan yang dipecah bahagi atau skim hartanah berstrata dan bagi membenarkan pengambilan tanah bawah tanah untuk dilaksanakan. Justeru, pindaan Akta 486 adalah perlu bagi menyediakan prosedur pelaksanaan yang jelas bagi pengambilan melibatkan skim hartanah berstrata dan bagi membolehkan pengambilan tanah bawah tanah dilaksanakan di samping pindaan susulan kepada Akta Hakmilik Strata dan Kanun Tanah Negara perlu dibuat untuk menyokong pelaksanaan tersebut.


Keperluan mengadakan cadangan pindaan kepada Akta 486 ini adalah merupakan satu inisiatif dalam menangani permasalahan semasa yang timbul berhubung pelaksanaan pengambilan tanah dan untuk menjadikan akta ini responsif kepada keperluan ekonomi semasa. Cadangan pindaan juga dilihat sebagai suatu dimensi baru dalam pentadbiran pengambilan tanah selaras dengan hasrat Kementerian ini untuk mewujudkan pentadbiran pengambilan tanah yang lebih efisien bagi memenuhi ekspektasi rakyat.


Sekian, terima kasih.

Attachments