Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

21 June 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

96

Soalan

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keberkesanan Projek Rancangan Tebatan banjir (RTB) Tumpat memandangkan paras ketinggian Tanah di Tumpat adalah lebih rendah berbanding Golok.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Komponen Tebatan Banjir merupakan salah satu komponen yang akan dilaksanakan dalam Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sg. Golok yang telah diluluskan dalam RMKe-11. Kawasan banjir di Tumpat akan dapat dilindungi oleh projek ini melalui pelaksanaannya dalam jangka masa panjang. Projek Tebatan Banjir direkabentuk dengan tahap perlindungan 50 tahun kala ulangan (average recurrence interval). Oleh itu, kawasan-kawasan rendah akan dilindungi daripada banjir yang disebabkan hujan yang bercirikan 50 tahun kala ulangan tersebut. Dalam pada itu, ketinggian levee juga akan ditambah antara 0.5m hingga 3m di atas jalan KESBAN yang sedia ada iaitu bagi jajaran levee yang melalui laluan jalan KESBAN yang sama.

Sekian, terima kasih.

Attachments