Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

21 June 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

118

Soalan

Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bahawa Kerajaan sudah pun meluluskan projek membina tambatan banjir di Rantau Panjang :

(a) berapakah kos, jarak dan lokasi projek tersebut. Bagaimanakah cara projek tersebut ditawarkan, adakah secara tender terbuka, tender terhad atau rundingan terus; dan


(b) kaedah ianya dilaksanakan adakah mengikut saliran sungai asal atau membina saliran baru untuk membahagikan jumlah aliran air. Ini bermakna jumlah air dibahagi kepada dua saliran mengikut saliran sungai asal dan saliran yang baru.

Jawapan

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

a) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah diperuntukkan sebanyak RM300 juta dalam RMKe-11 untuk Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1. Projek ini merangkumi pembinaan Sungai Golok Flood Bund sepanjang 26km yang akan dibina di tebing Sungai Golok. Projek ini dirancang untuk ditawarkan secara tender terbuka manakala perincian skop dan kos akan diperolehi setelah Value Management Lab diadakan pada Julai 2016.

b) Jajaran Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 ini akan dilaksanakan mengikut saliran sungai asal, manakala cadangan membina saliran baru akan dipertimbangkan untuk fasa seterusnya.


Sekian, terima kasih.

Attachments