Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

70

Soalan

Tuan Chia Song Cheng [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian akan menggubal sebarang akta atau dasar bagi memastikan projek pulau buatan manusia yang dilaksanakan tidak mengakibatkan pengancaman yang serius dalam ekosistem marin dan apakah pendekatan rehabilitasi yang digalakkan oleh Kementerian bagi memulihara kembali ekosistem marin tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, Kementerian di bawah agensi Jabatan Alam Sekitar telahpun membuat pindaan terhadap Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 yang dikuatkuasakan pemakaiannya pada 29 Ogos 2015. Perundangan ini adalah terpakai bagi projek pulau buatan manusia dimana Akta ini telah menetapkan pengerak projek bagi cadangan pembangunan pulau buatan manusia perlu menjalankan kajian EIA dan diluluskan sebelum projek boleh dimulakan sepertimana dinyatakan dibawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Oleh itu, pemaju projek hendaklah mengambil langkah pencegahan dan kawalan pencemaran yang berkesan seperti yang ditetapkan dalam Syarat-Syarat Kelulusan Laporan EIA bagi memastikan tiada ancaman pencemaran berlaku ke atas ekosistem semasa pelaksanaan kawasan penambakan bagi pulau buatan manusia.

Sekiranya kerosakan atau pencemaran berlaku semasa kerja-kerja penambakan, pemaju projek adalah terdedah kepada tindakan perundangan serta menanggung segala kos yang melibatkan kerja-kerja rehabilitasi bagi kawasan yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

Attachments