Tuan Yang di-Pertua
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memulakan program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir mulai pada tahun 2016. Di antara skop kerja yang dijalankan adalah seperti berikut:
1) Kerja pengorekan, membuang kelodak dan halangan aliran sungai
2) Pemotongan rumput dan pembersihan tebing
3) Kerja menstabil tebing sungai
4) Penyenggaraan aset tak alih
Peruntukan sebanyak RM100 juta telah diagihkan kepada seluruh negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sebanyak 526 sebut harga telah disenaraikan dan sehingga kini sebanyak 151 kerja telah dimulakan manakala selebihnya dalam proses pelantikan kontraktor.
Sekian, terima kasih.