Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

19 October 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

2

Soalan

YB DR. TAN SENG GIAW [ KEPONG ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan suhu bumi and kesannya terhadap negara-negara termasuk Malaysia. Apakah langkah yang diambil bagi mengatasi masalah yang timbul berikutan kesan daripadanya.

Jawapan

2

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Secara amnya tiada perubahan yang ketara dilihat pada suhu tahunan negara berdasarkan data suhu yang direkodkan di stesen-stesen Meteorologi di negara ini sejak tahun 1969 hingga 2015. Purata suhu minimum negara adalah 18.5 darjah Celcius manakala purata suhu maksimum Negara adalah 36.5 darjah Celcius.

Kesan rumah kaca (greenhouse effect) berlaku apabila kepekatan gas rumah kaca (green house gases -GHG) di dalam atmosfera menyebabkan kenaikan suhu purata bumi dan mengakibatkan fenomena pemanasan global. Antara impak pemanasan global kepada Negara adalah isu kenaikan aras laut. Kenaikan suhu purata global secara mendadak dan berturusan akan mengakibatkan pencairan ‘glacier’ dan ketulan ais di kutub dan seterusnya menyebabkan kenaikan aras laut. Kejadian tersebut dan cuaca ekstrim yang lain seperti banjir kilat dan kemarau secara langsung memberi impak kepada infrasruktur dan sosio-ekonomi masyarakat di Negara ini.

Antara langkah-langkah menangani isu perubahan iklim dan pemanasan global di peringkat antarabangsa adalah Paris Agreement di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB. Matlamat utama Paris Agreement adalah untuk mengekalkan purata peningkatan suhu global abad ini supaya tidak melebihi 2 darjah Celsius dan dalam jangka panjang meningkatkan usaha untuk menghadkan peningkatan suhu supaya tidak 3

melebihi 1.5 darjah Celsius berbanding tahap era pra-industri. Antara tindakan susulan Paris Agreement yang perlu dilaksanakan adalah menyediakan laporan tindakan perubahan iklim yang dinamakan Nationally Determined Contributions (NDC) setiap 5 tahun sekali. NDC merupakan sumbangan negara kepada usaha global untuk menangani impak perubahan iklim bagi tempoh pasca-2020 di bawah Paris Agreement.

Tuan Yang di-Pertua,

Di peringkat tempatan, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian dan Agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan GHG di bawah sektor-sektor utama negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian. Inisiatif-inisiatif ini secara langsung menyumbang kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG di dalam NDC negara. Kerajaan juga giat melaksanakan program seperti Rancangan Tebatan Banjir (RTB), penanaman pokok, dan pewartaan kawasan hutan. Dalam masa yang sama, kajian dan penyelidikan berkaitan sumber air, bencana alam, kesihatan awam dan ‘food security’ juga dilaksanakan oleh agensi-agensi penyelidikan Kerajaan dan universiti tempatan bagi memastikan negara sentiasa siapsiaga dalam menangani impak perubahan iklim.

Sekian, terima kasih.

Attachments