JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini, negara kita hanya memiliki tiga (3) ekor sahaja Badak Sumatera yang dipelihara di dalam kurungan di Rezab Hidupan Liar Tabin, Sabah. Selain daripada spesies Badak Sumatera, Orang Utan Borneo atau nama saintifiknya
Pongo pygmaeus
juga termasuk dalam kategori sangat terancam berdasarkan
IUCN Red List.
Orang Utan adalah endemik di pulau Borneo (Sabah, Sarawak dan Kalimantan) tetapi bilangannya yang tepat masih belum diketahui. Dianggarkan terdapat 11,000 Orang Utan di sabah dan 2,000 ekor di Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua,
Di negara kita terdapat beberapa spesies fauna yang telah mengalami kepupusan seperti Badak Jawa (
Dicerorhinus sondicus
) dan Burung Merak (
Pavo muticus
). Kerajaan akan berusaha untuk menghalang kepupusan spesies lain yang pada masa ini yang dikategorikan sebagai terancam seperti harimau, seladang dan Badak Sumatera. Berdasarkan rekod, hidupan liar yang telah disenaraikan sebagai terancam mengikut kumpulan taksonomi adalah 70 jenis Mamalia, 50 jenis Burung, Sembilan (9) jenis Reptilia dan 48 jenis Amfibia.
Bagi spesies flora, sebanyak tiga (3) spesies tumbuhan yang telah pupus, iaitu
Begonia eiromisha
(Begoniaceae, asam batu),
Oreogrammitis kunstleri
(Grammitidaceae; paku-pakis) dan
Oreogrammitis crispatula
(paku pakis). Ketiga-tiga spesies tersebut merupakan tumbuhan herba.
Oreogrammitis
kunstleri
dan
O. crispatula
pula mempunyai populasi yang amat langka (
rare
) di habitat semula jadinya.
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi memastikan spesies-spesies flora dan fauna negara terus terpelihara daripada kepupusan, Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif, antara lainnya seperti berikut:
(i) mewujudkan rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) melalui Pelan Induk
Central Forest Spine
(CFS) seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Rancangan Fizikal Negara Ke 19;
(ii) melaksanakan Pelan Tindakan Konservasi Spesies-Spesies Hidupan Liar Terancam seperti Pelan Konservasi Gajah Kebangsaan (NECAP) (2013 – 2022) dan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (PTPHK) (2008-202;
(iii) mewajibkan Pelan Mitigasi Hidupan Liar di dalam
Environmental Impact Assessment
(EIA) bagi projek pembangunan berskala besar di kawasan yang menjadi habitat hidupan liar;
(iv) penguatkuasaan
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]
dan
Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam Flora dan Fauna 2008 [Akta 686]
bagi memastikan semua hidupan yang terancam dan dilindungi daripada dieksploitasi secara tidak terkawal dan mencegah daripada penyeludupan.
(v) memperkasakan aktiviti penguatkuasaan dengan menubuhkan
Wildlife Crime Unit
(WCU) di peringkat Ibu Pejabat dan negeri di samping unit-unit penguatkuasaan sedia ada;
(vi) memperkasakan Program Pembiakan Hidupan Liar secara konservasi
ex-situ. S
sebanyak 12 buah Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) telah dibangunkan bagi melaksanakan program pembiakan spesies hidupan liar;
(vii) pemuliharaan in-situ bagi spesies pokok yang telah dikenal pasti sebagai Sangat Terancam antara lainnya melalui pewartaan di bawah perundangan yang berkaitan, penubuhan kawasan Hutan yang Tinggi Nilai Pemuliharaannya (HCVF), penubuhan arboretum spesies pokok hutan yang terpilih atau penubuhan kawasan pemuliharaan in-situ dengan kerjasama agensi atau badan-badan berkaitan;
(viii) dokumentasi kepelbagaian tumbuhan vaskular, kumpulan mamalia kecil, herpetofauna (reptilia, amfibia), kupu-kupu (
butterflies
) dan kulat makro oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM); dan
(ix) penilaian status pemuliharaan dan ancaman terhadap spesies tumbuhan berdasarkan kriteria dan kategori yang telah dibangunkan oleh IUCN.
Sekian, terima kasih.