Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

20 October 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

46

Soalan

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:-

Undang-undang yang digunapakai bagi memastikan perancangan dan pembangunan bandar tidak menjejaskan alam semula jadi dan sistem saliran. Mengapa kerja-kerja pemotongan bukit di Bandar Raya Kota Kinabalu dan Penampang masih dibenarkan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Undang-undang yang digunapakai bagi memastikan perancangan dan pembangunan bandar tidak menjejaskan alam semula jadi dan sistem saliran di Negeri Sabah adalah Ordinan Tanah Bab 68, Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (Earthwork By Laws), Perintah Perlindungan Alam Sekitar (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Alam Sekitar) 2005.

Kelulusan pelan kawalan kelodak dan hakisan (Erosion and Sediment Control Plan) juga perlu diperolehi dari Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah yang menetapkan langkah-langkah kawalan seperti jenis perangkap kelodak dan sistem perparitan yang perlu disediakan.

Bagi aktiviti yang melibatkan pemotongan bukit di Negeri Sabah, ia adalah tertakluk kepada bidang kuasa Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPAS) iaitu di bawah Perintah Perlindungan Alam Sekitar (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Alam Sekitar) 2005. Aktiviti ini memerlukan kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk kelulusan Jabatan berkenaan.

Sehubungan itu, perkara ini adalah di luar bidangkuasa Kementerian ini.

Sekian. Terima kasih.

Attachments