Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

24 October 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

14

Soalan

YB. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kerajaan akan mengadakan dasar yang mengkehendaki semua kawasan simpanan hutan dan taman perhutanan diletakkan di bawah satu Kementerian, demi memudahkan perlaksanaan dasar penyelenggaraan hutan. Apakah sebab Taman Botani Negara di Shah Alam dan Bukit Kiara tidak diletakkan di bawah Kementerian yang sama.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Peranan Kerajaan Persekutuan hanya dalam hal-ehwal berkaitan latihan, kajian serta nasihat teknikal yang mana ianya di pertanggungjawabkan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi tujuan pelaksanaannya.

Pengurusan Hutan Simpanan Kekal (HSK) hutan di Semenanjung dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan mengikut peruntukan dan peraturan yang terkandung dalam Akta Perhutanan Negara 1984 [ Akta 313 ] dan Enakmen Negeri yang berkaitan serta Kaedah-Kaedah Hutan dan Peraturan-Peraturan Hutan yang sedang berkuat kuasa. Penubuhan HSK ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri selaras dangan Seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984 [ Akta 313 ]. Bagi menyelaras pendekatan secara bersepadu dan pelaksanaan dasar cross-sectoral dalam sektor perhutanan, Majlis Tanah Negara telah ditubuhkan sebagai satu platform rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi membincangkan mengenai dasar dan perundangan untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah bagi perkara-perkara berkaitan pentadbiran tanah, isu-isu perlombongan dan perhutanan.

Tuan Yang di-Pertua,

Taman Botani Negara di Shah Alam dan Bukit Kiara tidak diletakkan di bawah Kementerian yang sama. Ini adalah kerana Taman Botani Negara Shah Alam dengan keluasan 100 hektar merupakan sebahagian daripada kawasan Hutan Simpanan Kekal Bukit Cherakah Tambahan yang telah diwarta di bawah Seksyen 7, Akta Perhutanan Negara (APN) 1984. Kawasan ini telah diluluskan secara Permit Penggunaan oleh Pihak Berkuasa Negeri Selangor dan diurus oleh Kementerian Pertanian Malaysia.

Manakala kawasan hutan di Bukit Kiara adalah kawasan berhutan milik Yayasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di atas Lot PT 9244 HSD dan ianya di bawah seliaan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Terima kasih.

Attachments