Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

25 October 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

4

Soalan

DR. ONG KIAN MING [ SERDANG] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bila Kementerian akan meratifasikan "Second Commitment Period" (CP2) di bawah Kyoto Protocol dan juga Persetujuan Paris (Paris Agreement) dan sejauh mana ratifikasi ini telah dibincang dan dipersetujui oleh kabinet.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Malaysia sedang dalam proses melengkapkan ratifikasi peringkat nasional bagi ‘Doha Amendment to the Kyoto Protocol’.

Walau bagaimanapun setakat ini hanya 70 negara meratifikasi Doha Amendment ini. Bilangan ini tidak mencukupi untuk ¾ Negara parti yang diperlukan untuk berkuatkuasa Negara-negara parti nampaknya tidak berminat untuk meneruskan usaha ini dan ianya tidak lagi diberikan keutamaan di peringkat antarabagsa. Semua Negara Sedang menumpukan perhatian kepada Paris Agreement.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan beberapa siri bengkel dan mesyuarat bersama Kementerian dan Agensi Kerajaan Pusat, Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membincangkan mengenai implikasi Paris Agreement serta proses ratifikasinya. Proses ini dijangka selesai sebelum akhir tahun 2016 dan akan dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri untuk diputuskan.

Sekian, terima kasih.

Attachments