Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

26 October 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

9

Soalan

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan menyatakan status kemajuan dan kos terkini projek tebatan banjir dan pembinaan empangan di Kelantan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta dalam RMKe-11 bagi Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 dan RM 572.5 juta untuk PLSB Sungai Kelantan Fasa 1.

Di dalam RMKe-10 pula, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM220.7 juta bagi komponen Rancangan Tebatan Banjir Fasa 1 dan telah siap pada 2013.

Di antara komponen-komponen di bawah projek Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 tersebut adalah:

1. Rancangan Tebatan Banjir; dan

2. Pembinaan struktur groyne dan pengerukan di muara.

Manakala komponen-komponen yang terlibat di bawah projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 tersebut adalah:

1. Rancangan Tebatan Banjir;

2. Saliran Mesra Alam;

3. Program Living River ; dan

4. Kajian Pengurusan Sumber Air.

Bagi PLSB Sungai Golok Fasa 1, JPS telah mengadakan Value Management Lab pada 26-27 Julai 2016 di Kota Bharu, Kelantan. Kerja-kerja pengukuran tanah bagi proses pengambilan tanah sedang dijalankan dan kerja-kerja fizikal dijangka akan mula dilaksanakan pada suku ketiga tahun 2017. Di samping itu, penilaian semula rekabentuk dan penyediaan dokumen tender juga sedang dijalankan.

Bagi projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1, Value Management Lab telah diadakan pada 2-6 Mei 2016 di Kota Bharu. Pada ketika ini, Kementerian melalui JPS sedang menyediakan kenyataan keperluan ( need statement ) bagi tujuan pelantikan kontraktor seawal-awalnya pada sukuan pertama tahun 2017.

Di bawah PLSB Sungai Kelantan, dua buah empangan pelbagai guna iaitu Empangan Lebir dan Empangan Nenggiri akan dibina yang berfungsi bagi menjana tenaga elektrik, sumber bekalan air dan tebatan banjir. Bagaimanapun, perincian mengenai perkara-perkara teknikal dan kewangan masih dalam peringkat perundingan.

Attachments