Tuan Yang di-Pertua,
Projek mencegah hakisan pantai di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, Kuala Nerus adalah merupakan projek kecemasan. Projek tersebut telah dilaksanakan mulai 25 Februari 2016 dengan membina struktur lapis lindung batu (rock revetment) sepanjang 700m. Projek tersebut telah disiapkan pada 23 Jun 2016 dan menelan belanja sebanyak RM2 juta.
Sekian, terima kasih.