Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

31 October 2016

Tahun Persidangan

2016

Kategori

Air

Nombor Soalan

2

Soalan

Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah mengatasi isu yang berlanjutan dihadapi penduduk sepanjang pantai Batu Pahat, Benut. Isu hakisan pantai, isu menangani fenomena air pasang besar dan kenaikan paras air yang menyebabkan banjir kilat, dan air bertakung merosak tanaman dan kebun.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Hakisan pantai yang berlaku di daerah Batu Pahat sepanjang 3 km di pantai Senggarang hingga Tanjung Labuh. Cabaran kepada pantai-pantai negara yang menerima pukulan ombak yang kuat telah menjejaskan profil pantai negara. Banyak hakisan telah berlaku yang telah mengurangkan boleh guna tanah sepanjang pesisiran pantai. Hakisan yang berterusan menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda orang awam.
Di samping itu, isu air pasang besar juga sering dikaitkan dengan kejadian hakisan di pesisir pantai. Di kawasan pesisir pantai Daerah Batu Pahat, paras air laut tertinggi adalah antara 3.1 hingga 3.3m. Pada keadaan air pasang ini, hanya terdapat sedikit limpahan air laut ke atas benteng-benteng pantai sediada terutama di kawasan rendah.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi menangani isu ini. Antaranya adalah menjalankan kerja-kerja pengorekan muara iaitu Muara Sungai Perpat dan Sungai Punggur di Rengit/ Tampok dan kerja-kerja pemasangan tembok penahan hakisan di Muara Sungai Perpat.
Di samping itu, kerja-kerja yang sedang dilaksanakan ialah kerja-kerja menaiktaraf pembaikan benteng serta meninggikan benteng pesisir pantai di daerah Batu Pahat dengan kos sebanyak RM 2.0 juta.
Sekian, terima kasih.
Attachments